Assalamualaikum semua. Hari ini, kita akan mempelajari topik jawi dalam pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2. Sebelum itu, ustazah akan menunjukkan contoh-contoh perkataan yang mempunyai tiga suku kata atau lebih ya. Harap semua boleh faham dan menyanyi bersama. Ayuh,tonton video ini.
Alhamdulillah,semua sudah mengetahui apa itu contoh-contoh perkataan tiga suku kata atau lebih,Seterusnya, ustazah akan menunjukkan contoh tiga suku kata dan empat suku kata.




Bagusnya anak-anak ustazah.Seterusnya, kita membina tiga suku kata atau lebih pula. Ustazah harap anak-anak masih bersemangat ya untuk mempelajari jawi.
Alhamdulillah.Bagus anak-anak semua. Ustazah bangga kerana kamu semua telah habis mempelajari jawi tiga suku kata.Yeayyy, bagi tepukan pada diri sendiri. Tapi, ustazah ada kerja sekolah untuk anak-anak ya untuk pengukuhan terhadap apa yang telah dipelajari.






Tamatlah sudah pembelajaran kita pada hari ini. Ustazah harap anak-anak semua dpat mengingati dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Ingat ya anak-anak.
Untuk latihan tambahan, bolehlah klik link di bawah:
Uji minda
https://quizizz.com/admin/quiz/5d6663cb7edac5001bd521ee?studentShare=true
Sebelum berakhir, ustazah harap anak-anak semua dapat memahami apa yang kita pelajari hari ini. Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita kepada Allah. Jumpa lagi ya anak-anak ustazah.
“…when you give thanks, Allah will bestow more of His bounty upon you… (Surah Ibrahim 14:7)
“… apabila kamu bersyukur, Allah akan memberikan lebih banyak kurniaNya kepada kamu …” ( Surah Ibrahim 14: 7)
Oleh itu, mari sama-sama banyakkan bersyukur ke pada Allah atas segala nikmatnya🤗