اهلا وسهلا الى قسم الجاوي
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada konsep ilmu oleh Imam al-Ghazali. Ilmu dalam Pendidikan Islam merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan ilmu, kurikulum Pendidikan Islam dibangunkan merangkumi tujuh bidang iaitu: Al-Quran Hadis Akidah Ibadah Sirah Adab Jawi Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik.
MARILAH MENUNTUT ILMU
Follow My Blog
Get new content delivered directly to your inbox.